FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ketika ini berada di bawah nilai sebenar dan boleh mencecah ke paras 1,680 mata sekiranya nisbah harga pendapatan (PER) bursa tempatan kembali kepada purata jangka panjangnya, kata Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas prestasi permodalan pasaran ekuiti Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi dalam sejarah sebanyak RM2 trilion pada Selasa.
Bursa tempatan menerajui pasaran rantau Asean dengan jumlah rekod melebihi 1,000 syarikat tersenarai awam.
"Setelah meneliti PER FBM KLCI, ternyata ia kini didagangkan pada 15 kali, berbeza dengan purata jangka panjang kira-kira 17 kali. Ini menunjukkan bahawa FBM KLCI berada di bawah nilai sebenar.
"Memandangkan trajektori positif ekonomi dan pendapatan syarikat, terdapat kewajaran untuk FBM KLCI meningkat lebih kukuh.
"Saya menjangkakan FBM KLCI mencecah sekitar paras1,680 mata jika PER kembali ke paras puratanya," katanya kepada Bernama sambil menambah pelabur asing kini telah mula kembali ke bursa tempatan.
Menurutnya, terdapat perubahan ketara aliran pelaburan asing ke dalam pasaran saham Malaysia baru-baru ini.
"Mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu lepas mungkin bertindak sebagai pemangkin kerana keputusan Rizab Persekutuan AS untuk tidak menaikkan kadar faedah memberi kelegaan yang besar kepada pasaran," kata Mohd Afzanizam.
Beliau berpendapat komitmen kerajaan terhadap penyatuan fiskal, bersama-sama dengan perubahan dalam dasar cukai dan rasionalisasi subsidi bahan api yang bakal dilaksanakan, akan menyediakan kestabilan ekonomi.
"Mengekalkan momentum penyatuan fiskal berpotensi meningkatkan kedudukan kredit kerajaan, menarik lebih banyak dana asing ke dalam pasaran," katanya.
Sementara itu, Mohamad Nizam Jaafar, profesor madya di Arshad Ayub Graduate Business School, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata lonjakan permodalan pasaran baru-baru ini membuktikan kekuatan dan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.
Namun begitu, katanya, selain permodalan pasaran penting juga untuk mempertimbangkan pelbagai penunjuk dalam menilai iklim ekonomi tempatan.
"Ini termasuk kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), yang mempamerkan prestasi keseluruhan aktiviti ekonomi, kadar pekerjaan yang mencerminkan keadaan pasaran pekerjaan dan pengaruhnya terhadap perbelanjaan pengguna serta kadar inflasi - yang mana penting untuk mengukur kuasa beli dan kestabilan ekonomi.
"Selain itu, pelaburan langsung asing merupakan penunjuk utama keyakinan antarabangsa dan aliran masuk modal, manakala baki akaun semasa menunjukkan dinamik perdagangan dan impaknya terhadap kedaulatan kewangan.
"Kekuatan fiskal, yang menggambarkan impak pengurusan belanjawan kerajaan ke atas pelaburan awam, juga penting," kata Mohamad Nizam.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa cabaran seperti turun naik pasaran, perubahan harga komoditi, ketidakstabilan politik dan potensi penilaian harga melebihi nilai sebenar dalam pasaran boleh menjejaskan kenaikan ini.
"Oleh itu, walaupun trajektori pertumbuhan Bursa Malaysia kelihatan positif, kemampanannya akan sangat bergantung kepada keseimbangan strategik dalam menangani cabaran ini sambil memanfaatkan peluang untuk menarik lebih ramai pelabur.
"Mendukung prinsip dasar Malaysia MADANI dan memastikan komitmen teguh terhadap amalan tadbir urus yang baik akan menjadi penting dalam mengekalkan pertumbuhan pasaran yang teguh dan mampan dalam jangka panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Menurut Mohd Afzanizam, terdapat perubahan ketara aliran pelaburan asing ke dalam pasaran saham Malaysia baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
AWANI Ringkas: Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Real Madrid raja bola sepak Eropah
Real Madrid berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal dan Vinicius Junior.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry;
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
Ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS
Ringgit mungkin terus diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan dengan tumpuan kepada mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS.
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.